Syarat & Terma

Walimah.net dimiliki dan diuruskan oleh Syarikat PKP Imagination. Pihak pengurusan mempunyai hak untuk menambah, mengubah, menukar atau membuang mana-mana kandungan pada bila-bila masa. Pihak pengurusan juga mempunyai hak untuk mengubah dan menetapkan peraturan pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat perubahan, pihak pengurusan akan memaklumkan kepada semua individu, organisasi dan syarikat terbabit untuk mengemaskini perubahan.

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan atau mengeluarkan mana-mana kandungan di dalam walimah.net samada secara elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, merakam, atau mana-mana sistem pengumpulan maklumat, tanpa kebenaran bertulis dari pemilik walimah.net.

Hak cipta rekabentuk kad adalah harta intelek PKP Imagination. Segala rekabentuk, imej dan grafik kad kahwin yang dipaparkan tidak boleh sama sekali digunakan, ditiru atau dikeluarkan samada secara elektronik atau mekanikal termasuk fotokopi, mencetak atau mana-mana sistem yang boleh dipaparkan kepada umum, tanpa kebenaran bertulis dari pemilik. Pihak pengurusan walimah.net boleh menyaman mana-mana individu, organisasi dan syarikat yang cuba menggunakan, meniru atau mengeluarkan semula segala rekabentuk, imej dan grafik kad kahwin. Pihak pengurusan walimah.net menganggap perkara ini serius dan jenayah intelek.

Segala strategi yang digariskan mungkin tidak bersesuaian dengan setiap individu dan tidak dijamin boleh menghasilkan keputusan yang diingini.

Segala kad kahwin dijual atas dasar kepercayaan pemilik walimah.net dengan pelanggan, tanpa melibatkan sebarang badan berdaftar, akaun atau khdimat profesional yang lain. Sekiranya nasihat badan berdaftar atau bantuan pakar lain diperlukan, ia diuruskan sendiri oleh pelanggan.

Pihak pengurusan walimah.net secara khususnya tidak mempunyai sebarang tuntutan tanggungjawab terhadap mana-kerosakan, liabiliti, risiko kehilangan, secara individu atau sebaliknya, yang berlaku secara sengaja atau tidak sengaja oleh pelanggan, untuk digunakan dan aplikasi sebarang bentuk kandungan.

SEBARANG BENTUK PENIRUAN ADALAH DILARANG DAN DIANGGAP JENAYAH INTELEK.

Pihak pengurusan walimah.net mempunyai hak untuk menghalang akses pembelian tanpa sebarang pengumuman. Pembelian kad kahwin adalah berdasarkan first-come, first-serve setelah pihak pengurusan walimah.net meluluskan pembelian. Pihak pengurusan walimah.net juga mempunyai hak untuk menghalang mana-mana pembelian yang telah berdaftar sekiranya pihak pengurusan walimah.net merasakan pembelian tersebut tidak mengikut syarat yang telah dinyatakan  di dalam kandungan laman web ini.

Pembelian ini hanya untuk individu yang memahami segala kos berpatutan dengan kad kahwin yang ditempah. Tidak termasuk segala bentuk bantuan atau khidmat tunjuk ajar di masa akan datang. Sekiranya bantuan diperlukan, sila cari bantuan profesional dan untuk nasihat.

Kad akan dicetak setelah deposit 50% dijelaskan oleh pelanggan. Bagi tempahan yang dibatalkan setelah deposit 50% dibayar, wang tidak akan dikembalikan. Kad yang telah sipa dicetak tetapi tempahan dibatalkan walaupun setelah deposti 50% dibayar, pihak pengurusan walimah.net akan mengenakan caj sebanyak 2 kali ganda dari nilai jumlah keseluruhan tempahan sebagai gantirugi. Semua gantirugi hanya diterima dalam bentuk wang sahaja.

Cenderahati percuma diberi berdasarkan pertimbangan pihak pengurusan walimah.net. Cenderahati tersebut tidak boleh ditukar-ganti atau dibayar dalam bentuk wang.

Laman web walimah.net dibangunkan oleh:

WALIMAH.NET: 69, Jalan Setiawangsa 19, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.                                                                                          (HP/Hotline) : 017-3151179                (Emel) : mail@walimah.net

|   UTAMA   |  LANGKAH  |  TEMPAH  |  HUBUNGI  |  DESIGNERS  |
Hakcipta Terpelihara   ©   2007. Rekabentuk Web & Kad Adalah Harta Intelek.